>nuffnang

Saturday, December 3, 2011

. : wanita dan warna : .

Assalamualaikum ucapan diberi,

hari ini mahu buat entry.


Harini aku nak bagitau tentang wanita dan warna

Pernah dengar tak pendirian wanita turut dapat dinilai melalui warna kegemaran mereka.pernah dengar tak? kalau nak mengetahui lebih lanjut silalah bacala apa yang tertulis dibawah.

Tafsiran warna yang sebenarnya…

1.Merah-Happy go-lucky!berani,tegas dan mempunyai pendirian sendiri.

2.Biru- 5.Kuning-Gemar membaca,tekun, cerdas dan tabah menghadapi cabaran.

3.Ungu-Pemurah hati,tidak suka diperintah,berinisiatif,bijak tapi ada masanya terlalu beremosi

4.Kelabu-Suka merendah diri, tenang, suka mengalah,suka berkorban,cerdas dan bijak.

5.Kuning-Gemar membaca,tekun, cerdas dan tabah menghadapi cabaran.

6. Putih-Bersih fikirannya tidak cerewet,berkata benar,jujur,rendah hati,peramah,sentiasa tenteram hatinya,suka menolong dan hidup t erkawal.

7.Hijau-Segar ,suka kepada kebahagiaan , tidak suka bergaduh atau bertekak, patuh pada pegangan agama,suka berhias,teguh pendirian hingga kadang- kadang seakan-akan kolot

8.Hitam-Suka menyendiri, prihatin,kuat menghadapi dugaan hidup,tidak mudah dipengaruhi,kuat berfikir,setia pada pasangan ,baik hati tapi akan cepat tersinggung.

9.Coklat-Kaya dengan sifat keibuan, merendah diri, sopan santun,halus budi pekerti, hati mudah berasa was-was dan takut berbuat salah.


p/s:agak-agak korang suka warna apa kongsi la ye...





A

Wednesday, November 9, 2011

. : 15 fakta tentang senyum : .

Sahabat Rasulullah SAW, Abdullah bin Al-Harist menyatakan,“Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW.”(Hadis riwayat At-Tirmizi)

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan.

Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang ‘sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit.

Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa.

Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.

Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon ‘endorphins’ dan hormon ‘neurotransmitters’ dan penurunan tahap hormon stress ‘cortisol’ dan ‘adrenaline’ .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.

Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser.

Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan.

Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik.

Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan
sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :
” SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA”.

senyum.jpg (225×225)

senyum juga adalah satu sedekah ianya dapat merapatkan lagi hubungan silaturrahim...

so lainkali tu senyum tau...

Monday, November 7, 2011

. : Hai Good Morning : .

Awalnya aku buat post ni hahaha
sebenanya saja-saja je on9 sekarang sementara tunggu bilik air kosong nak tunggu turn la ni untuk mandi...
sebenanya aku cuma nak cakap Assalamualaikum selamat pagi semua...

anak itik makan ikan,
makan ikan dalam tempurung,
kononya aku lapar nak sarapan,
saja aku nak ucapkan goodMorning semua.
(reka sendiri ni)

MULAKAN HARIMU DENGAN SENYUMAN...

Eh Eh matahari dah naik la...
pss sebenanya gambar atas tu aku tak tau la matahari naik ke matahari terbenam aku main upload je hahaha...
yes turn aku dah sampai...
papepun Wassalam...

Sunday, October 23, 2011

. : 10 pesanan untuk orang bercinta : .

Dengarlah pesananan ini :

1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan ‘si dia’.

2. Bercintalah kau dengannya sekadar sahaja. Kelak mungkin ‘si dia’ bukan jodoh untukmu.

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum engkau berhak menjadi milik ‘si dia’.

4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariat-Nya.

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikatnya adalah selepas kau diijabkabulkan.

6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik dalam untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara berdating, cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

Tebal
8. Bercintalah untuk mencapai cinta-Nya.

9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima di sisi Allah, kelak Allah akan tarik kebahagiaan darimu.



ingat ye bila nak bercinta tu kena berhati-hati.
senang-senang kawin je dulu baru bercinta...(senang nye lah aku cakap)

last sekali kita kena ingat Cinta yang kekal abadi adalah Cinta kita kepada Allah...

Saturday, October 22, 2011

. :Cinta: .


CINTA PADA BUNGA,
BUNGA AKAN LAYU.



CINTA PADA MANUSIA,
MANUSIA AKAN MATI.



CINTA PADA ALLAH,
ADALAH CINTA YANG KEKAL ABADI.







Friday, August 19, 2011

Tumblr,,,

Maksud nya sangat menarik cubalah...
1.Go to google translator write Tumblr
2.Then English to Japanese
3.Then copy the Japanese letters and put Japanese to English
4.See the real meaning of Tumblr! :D
wow amazing...
menarik bukan???
perkataan ni sesuai bagi mereka yang sedang dilamun CINTA...
tapi bukan Aku...
aku belum sesuai lagi untuk ini tapi mungkin satu hari nanti bila aku dah besar dah kerja bagus-bagus dah dapat kereta satu biji baru merasainya...
hahaha...
InsyAllah...

Wednesday, May 4, 2011

SAHABAT...

SAHABAT,
Sahabat dulu kita sering bersama,
Kemana sahaja mesti bersama,
Tidak kira kemana sahaja ,

SAHABAT,
Mengapa dulu kita bertiga tapi kini berdua ???
Oooo baru ku teringat sahabat kita lagi seorang sudah berpindah,
Walaupun kita hanya berdua kita sentiasa mengingati shabat kita yang ketiga.

SAHABAT,
Semenjak kelas kita mendapat pelajar baru dan berkawan rapat denga kita,
Mengapa kau berubah wahai sahabat
Kita tidak macam dahulu lagi,
Walaupun kita bersahabat tetapi kau sering menghabiskan masa kau dengan budak baru itu,

SAHABAT,
Walaupun aku tahu aku bukan sesiapa lagi dimata kau untuk menghalang
Kau berkawan dengan sesiapa,
Tetapi kau juga haruslah pandai menjaga hati dan perasaan sahabat kau sendiri,

SAHABAT,
Sakit hati aku apabila melihat kau bergelak tawa dengan sahabat baru kau
Sedangkan dengan aku kau tidak begitu lagi,
Kau sudah pandai memarahi aku dan sahabat lain,
Aku sudah tidak kenal siapa kau sebenarnya,

SAHABAT,
Jika suatu hari aku pergi jauh dari dunia ini,
Satu je aku mintak dari kau,
Selagi kau ada nyawa bersahabatlah dengan semua orang dan bukannya pilih kasih dan jagalah perasaan sahabat kau nanti.

SAHABAT,
Ingatlah pesan ku ini,
Jangan kau tangisi pemergian ku ini
Kerna ku tahu ku bukan sesiapa lagi di matamu…
AKU SAYANG SEMUA SAHABAT AKU...

INGATLAH JIKA TIADA SAHABAT SIAPALAH KITA,
JADI BERKAWANLAH DENGAN SEMUA ORANG,
TIDAK KIRA BANGSAAGAMA,KETURUNAN,TINGGi RENDAH,GEMUK MAHUPUN KURUS,
KERANA MEREKA JUGA ADALAH MANUSIA YANG MEMERLUKAN SAHABAT….
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...