>nuffnang

Friday, July 20, 2012

HEART.........

Assalamualaikum........... awak tengah senyum ke? TAK? tapi kenapa? Senyum la, senyum la sikit, Sikit je, kalau awak tak senyum awak tak comel baik awak senyum hahaha...bagus dah senyum pun, barulah comel gitu............

            Korang ada tengok filem baru-baru ni? ala yang comel, comel tu...yang pelakonnya dah pakai tudung sekarang tu dan bertambah comel gitu...tak kenal jugak haaaaa nama dia NUREMY RAMLI...pelakon filem HANYA AKU CINTA KAU SEORANG a.k.a H.A.C.K.S...cop cop cop HACKS yang ini bukan gula -gula hacks yang jual kat kedai tu tau, kawan aku selalu konfius bila aku cakap HACKS...nanti diorang tanya HACKS yang mana ni? kadang -kadang tu rasa nak cepuk pun ada...sajaje buat-buat tak paham...Berbalik kepada tajuk...
NI DIA NUREMY RAMLI...COMEL KAN

             Korang dah tengok ke belum Filem HACKS? Rugi kalau belum, tapi bila pikir dua kali tak rugi mana pun...sebab rugi tak tengok, jalan cerita dia sangat lah menarik, membuatkan orang tertanya-tanya kenapa dan kenapa.First persoalan yang berada di minda,"apa hubungan Murni dengan Mukhlis" kedua "Mukhlis dengan Ayim ni gay ke" dan yang ketiga "kenapa Iqwal putuskan hubungannya ,dengan Jannah, padahal dia sayang gila dekat Jannah" dan persoalan ni  terjawab masa bab bab yang last, korang nak tau? pergilah beli CD dia, bukannya mahal pun murah je hahaha...Dan lepas semua persoalan ni terjawab, Air mata boleh jatuh beb sebab sedih gila...Mukhlis derma hati dia dekat Iqwal, dan endingnya Iqwal dengan Murni bersatu...Cerita ni ala-ala MY Heart yang Acha dengan Irwanshah belakon  tu, tapi yang tu versi perempuan dan Indonesia,  yang ni pulak versi lelaki dari Malaysia...MALAYSIA tetap yang terbaik...
            Aku nak nasihat sikit kalau nak tengok filem ni biar sendiri-sendiri supaya tak ada yang mengganggu feel korang...tak macam aku, tengah tengok ni nak nangis dah ni tiba-tiba ada yang tanya "da napa dia nangis?" “da laki ni sakit ke” “da” “da” da” huk aloh terpaksalah aku jawab...hilanglah rasa feel tu...huhuhuh ingat itu...janagn menontonbersama mereka  yang suka bertanya...hahahaha

            Dan sesapa yang belum tengok dan tanak tengok tak rugi pun sebab tak lah korang dapat dosa tengok cara mereka berpakaian dalam filem ni....memang seksi gitu.....wooot woot......hahaha klah aku pun tiba-tiba penat menaip hahaha....Selamat  berpuasa ni aku bagi lagu HANYA AKU CINTA KAU SEORANG.......
semoga terhibur


Wednesday, July 4, 2012

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...
haaaa apalagi jawabla salam tu...ayok tak jawab dosa nanti masuk neraka<--ayat masa sekolah rendah...

Nak tau tak? kalau jawab salam kena melebihi dari salam yang diberi atau sama banyak...TAK PAHAM???

Ok camni contohnya aku bagi salam yang macam kat atas tu kan, pastu kau orang kena lah jawab panjang jugak " Waalaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh" baru adil hehehe... Pastu kan,kalau aku bagi salam " Assalamualaikum" sahaja kau orang boleh jawab pendek juga seperti ini " Waalaikumussalam" atau "Waalaikumussalam Warahmatullah" atau " Waalaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh"...barulah dapat pahala penuh Insya Allah...

nak tau tak mana aku dapat tau ini semua? TANAK???
ada aku kesah kau nak ke tanak...aku tetap nak bagitau jugak hahaha.:)...baca jangan tak baca...

Hari selasa lepas, pada jam 12.30-1.45 p.m aku dan pelajar 5 Akaun belajar Sivik ,dengan (cikgu comel(gelaran pelajar pompuan bagi))--> Cikgu Azlirul @ Cikgu adudu (sebab dia pelat D) dia ceritalah pasal Salam (sebab masa perhimpunan rasmi, Ustazah Aminah ada cakap pasal Salam, tapi disebabkan aku ni bukan jenis yang suka dengar apa yang cikgu cakap masa perimpunan 'mana taknya sibuk main batu, baling-baling kat kawan' jadi aku taklah dengar), tapi bila aku Cikgu Azlirul ni bercerita dalam kelas, aku dengar betul-betul siap boleh ingat lagi tuh...(hebat sungguh Cikgu ini)

Sebelum ni aku tak tahu langsung pasal ni, jadi aku nak kongsilah sama kamu (walaupun ada yang dah tahu kan)... ini pun sekadar perkongsian saja, kalau ada silap tegur sajalah jangan malu-malu, aku terima dengan hati yang terbuka sampai tak boleh tutup hahaha mengarut saja...

Akhir kata...Kalau ada salah dan silap maafkan aku tau...Terima Kasih kerana meminjamkan mata anda untuk membaca entry blog aku ini...--->


Wednesday, May 30, 2012

Hati Kecil Shasha...

Asssalamualaikum...
whatsup bro, sis!!!...woot woot apa cer? dah lama tak berbloging ni...rindu wok sama ini belog...
apa yang awok buat cuti sekolah yang amat panjang ini? Balik Kampung? Melancong atau Melencong? atau duduk rumah je?...ataupun tak cuti? hahaha...

Aku baru lepas pulang ke kampung tapi balik hari je temankan kakak dia ada meeting dekat dengan rumah nenek tu jalan sekali dengan dia...

Cuti dua minggu ni banyak betul cerita yang menarik perhatian dari TV9,TVAlhijrah,TV7,RTM1.RTM2, apatah lagi TV3...cerita komedi, thriller, kartun, apatah lagi cerita sedih

Awok pernah termenangis tak tengok movie sedih, sebab teramatlah menghayati apa yang disampaikan dalam movie tersebut? tipu takde mesti ada...

Tadi pagi aku tengok satu Movie dengan adik sedara aku, Movie tu tajuknya "A tale of mari and 3 puppies"kat Tv3 pukul 9 kalau tak silap dia start...aku tengok dekat part yang sedih gila sebab part yang first-first tu tak tengok sebab adik aku tengok katun kat Astro pastu aku ambek rimote terus alih...budak jepun tu panggil "Mari" sambil nangis nangis memang sedih ah, then aku pandang adik sedara aku kat sebelah dia menangis meleleh leleh air mata, matanya dah merah hidung nya pun merah, aku pulak kesian dekat adik sedara aku tu hahaha...aku yang tengok je just cakap "sedihnya" , "kesiannya"...hahaha. lepas si Shasha nangis adik aku pulak alih siaran...

Mula-mula aku pelik tau kenapa Budak Umur 5 tahun boleh paham apa mesej yang nak disampaikan dalam satu cerita tu walaupun sekejap...setahu aku la kan budak sebaya dia selalunya tengok kartun yang pelik-pelik, macam Hagemaru, tu pun bukannya paham mana, yang diorang tahu orang gelak dia pun gelak...haih budak sekarang semua bijak-bijak...

ni la dia budaknya orang panggil dia Shasha nama panjang dia aku tak tau lah sebab panjang sangat...

lagi satu kalau dia baca buku la kan, dia akan buat ayat sendiri, maksudnya dia tengok gambar dia buat ayat yang dia rasa sesuai...sangat comel ok...

Tuesday, April 10, 2012

KEBAKARAN DIKELAS....

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Dah lama aku tak berblog kan-kan nak blogwalking pun tak sempat ye la memanjang BUSY :)...
Pagi tadi kan, kat sekolah SMKRMM(SMERMUM), ada buat latihan kebakaran...mesti Awak pun pernah lalui latihan kebakaran ni kan?
Tak kira lah kat sekolah ke kat tempat belajar sekarang ke kan kan kan...


Sebelum latihan ni, aku ada dekat depan makmal ICT lepak situ dengan budak Akaun yang ambik matapelajaran ICT, bersama pula cikgu paling cute dan paling comel kat sekolah Cg Azlirul, sebab Cg Monalisa tak ada kat sekolah hantar budak catur, Kitorang nak masuk Makmal tapi Cg Azlirul kata
"tak payah masuk makmal kita borak-borak je kat sini" dengan mata yang bulat (wah bertambah kecomelan cikgu hahaha), sedang kitorang borang-borak pasal Cikgu nak kasi kitorang jajan dari Langkawi(best nya) dan banyak lagi tiba tiba bunyi loceng yang panjang kriiiingggggggggggggggggggggggggggg...... mula-mula ingat loceng habis masa pertama tapi cikgu kata "eh tu macam loceng kebakaran je" cikgu jenguk-jenguk kepala pastu Cikgu nampak lori bomba kat depan sekolah "eh yelah, loceng latihan kebakaran" kitorang pun ikut la cikgu Azlirul lari ke padang , tempat aku lepak dengan padang dekat je dalam 50 meter dah sampai, bila sampai kat padang cikgu cakap lagi " yeah saya berjaya sampai dulu ke padang dan terselamat dari kebakaran" kitorang gelak-gelak je tengok cikgu tak lama tu padang dipenuhi dengan pelajar yang lain...


Pastu aku pandang kelas aku yang berhadapan dengan padang tu ada asap pastu, tertanya tanyalah kitorang then air bomba pun memandikan kelas 5 Akaun dengan ganasnya untuk memadam kebakaran yang brlaku dalam kelas bila cerita-cerita dengan budak Add Math rupanya yang bakar kelas kitorang guna bekas telur tu si Wafi dan Firdaus,cikgu yang suruh katanya...patutla time budak ICT nak pegi makmal Cikgu Hamdan halau dia suruh kitorang turun cepat-cepat haishh rupanya nak bakar kelas :)......

Dalam stengah jam jugak la aku dan pelajar SMKRMM berdiri di atas padang mendengar ucapan dari pegawai bomba...
Masa rehat aku masuk kelas , masuk je kelas, kelas telah pun menjadi kucar-kacir dengan habuk dan sisa-sisa asap yang masih berbaki meja diketepikan.....tapi time aku masuk tu kelas dah 50% bersih sebab penolong kelas dan pelajar Add Math yang lain bersatu padu membersihkan kelas...akhirnya kelas menjadi bersih semula, seperti sedia kala....bolehlah kitorang belajar seperti biasa...:)

Nilah tahun lastt aku menjalani latihan kebakaran di sekolah tahun depan dah tak ada dah...hmmm...

Friday, March 23, 2012

Budak yang sempoi...



Assalamualaikum dan salam sejahtera dah lama tak
berblog hehehe budak busy la katakan hahaha poyo je busy, tapi online Muka Buku jugak...Cikgu Haizu Izwa berkata Pelajar cemerlang yang berjaya <- bulan january kena tutup akaun Muka Buku tapi ni dah terlewat dah...aku hanya mampu tersenyum di belakang
heip heip berbalik kepada tajuk yang diatas Budak Yang Sempoi...

Apa yang sempoi? siapa yang sempoi?haaaa

Tadi dalam pukul 2 petang aku hantar adik aku Nurul pergi Sekolah petang naik moto lalu jejantas (lebih berhati-hati tanak eksiden lagi dah takud) Ramai budak-budak comel kecik-kecik semua lalu jejantas sebab nak melintas pergi sekolah pagi sebab diorang ada kem smart solat, kalau tak silap...lagipun sekolah agama dengan sekolah kebangsaan dekat, seberang jalan je sebabtu la diorang jalan kaki je naik jejantas, then aku tanya adik aku diorang ni umur berapa kecik je semua darjah satu ke? pastu adik aku kata diorang ni darjah empat...teanjat boboi, hahaha memang serius diorang semua kecik-kecik tapi tak semua la kecik-kecik ada la jugak yang besar sikit...

lepas hantar adik aku, aku pun pusing naik jejantas hehehe ada 3 orang budak pompuan ni menghalang perjalan aku, aku pun berenti kan motor dan berkata " adik-adik tepi sikit akak nak lalu, sapa nak kena langgar tak payah tepi jalan je tengah-tengah" sambil tersenyum kat budak-budak tu (peramah tak aku hahaha)
diorang pun ketepi pastu ada sorang budak ni dia cakap dekat akudengan sempoi dan selambe "akak!! akak!! boleh tompang tak hantar kat sekolah pagi?bolehlah kak dekat je,please" aku pun ok sajalah then tompang kan diorang ingatkan sorang je nak tompang sekali dua orang ah tidak aku pun kena la duduk depan sikit<kesian lagi sorang kena tinggal>...dekat atas motor tu aku dengar diorang berdua berborak ...

"wei ni akak ko ke?"
"eh tak lah.aku mana ada kakak"
"habistu sapa?"
"ntahlah aku mana tahu aku main cakap je kat akak ni nak tompang padahal tak kenal pun" dalam hati aku bahaya betul budak ni...sangat bahaya nasib baik lah aku ni baik hantar kat sekolah kalau orang lain hmmm...tau tak apa yang bahaya? fikirlah sendiri aku tak berani nak bagitau...
lepas aku hantar tu diorang ucaplah terimakasihaku pun sama-sama pastu terus bla dari situ nak balik rumah sambil tersenyum...

piece yow

Tuesday, February 28, 2012

Malas Nak Mampus...

Assalamualaikum...

tadi aku bukak youtube nak cari benda best jumpa lagu Malas Nak Mampus<--apa punya tajuk la ni...Dengar je lagu ni, dari mula sampai habis tak berenti gelak hahaha...memang klaka ah jom layan lagu ni...Sapa tahu lagu Bruno mars Lazy Song tu nyanyi lah sama-sama ye hahaha...




lirik lagu

Hari ni aku malas nak mampus
dari pagi pun tak mandi
Jangan engkau koling-koling aku
sms pun aku tak layan
Sumpah hari ni malas nak mampus

Kat luar tengah hujan dan aku bukak kipas
Rasa duduk obersea rasa sejuk gila
Selimut jadi peneman

Dalam selimut baring atas sofa empuk
Depan kaca tv, tengok discovery
Aku adalah raja hari ni

oh malas oh malas
oh malas nak mampus

Hari ni aku malas nak mampus
dari pagi pun tak mandi
Jangan engkau koling-koling aku
sms pun aku tak layan
Sumpah hari ni malas nak mampus
malas nak mampus

ho ho oo
ho ho oo malas nak mampus
hoo ho oo
hoo ooo

perut aku lapar tapi aku malas masak
sejuk begini best dpat makan maggi
tapi malas betul nak bangun
sekali keluar tv awek eropah berbikini
oh begitu indah ciptaan tuhan ini
terus perut aku kenyang

oh malas
oh malas
oh malas nak mampus

Hari ni aku malas nak mampus
dari pagi pun tak mandi
Jangan engkau koling-koling aku
sms pun aku tak layan
Sumpah hari ni malas nak mampus

tak aku tak mahu bangun
sebab malas nak mampus
tak mahu tak mahu tak mahu tak mahu
nak duduk dalam selimut
sebab sejuk nak mampus
malas malas malas malas

Hari ni aku malas nak mampus
dari pagi pun tak mandi
Jangan engkau koling-koling aku
sms pun aku tak layan
Sumpah hari ni malas nak mampus

malas nak mampus

lirik lagu: Pemalas unggul...


P/S jangan jadi Malas Nak Mampus macam lagu ni...

Friday, February 24, 2012

Nasi Goreng Untuk Mak...

Assalamualaikum...


erkkk ups (tutup mulut) hehehe Alhamdulillah aku dah kenyang ni...


Harini bersamaan dengan malamni aku buat nasi goreng yang tak berapa nak sedap tapi boleh lagi dikunyah dan ditelan sebab garam tak cukup rasa tawar sikit kikiki...aku buat dengan sukarelanya kerana sudah tiada lauk untuk dimakan mak aku pulak nak makan sebab nak pegi mesyuarat kat depan rumah, jadi aku pun ambil la bawang, tengah potong-potong bawang mak aku tengok nasik dalam periuk sekalinya nasik dalam periuk dah kosong dah hilang pergi mana ntah. aku pun tak tahu hahaha... mak aku pun basuh la beras baru then masuk kat dalam rice cooker sementara tunggu nasik masak aku pun duduk tengok TV...Sebelum mak aku keluar mak aku bilang "tinggalkan sikit untuk mak lepas mak balik mesyuarat mak nak makan" aku pun jawab ok... dan sekarang tinggal tunggu mak balik untuk merasai air tangan aku, anaknya yang paling baik sekali hahaha... harap-harap dapat komen yang-baik-baik, berdebar pulak rasa hahaha alamak dah macam masuk rancangan Master Cheff la pulak ngeh ngeh ngeh...

p/s aku tanak mak aku lari masuk batu belah batu bertangkup sebab tak dapat rasa nasi goreng aku hehehe sebabtula aku simpan untuk mak...

Friday, February 17, 2012

Terima kasih-Terima Kasih...

Assalamualaikum dan salam senyum... : )

Post ni nak tulis lama dah tapi tak bersekempatan nak tulis sebabnya pun aku tak tahu apa...

aku nak ucapkan terimakasih kepada semua kawan-kawan dan kawan sebab sudi memberi ucapan harijadi aku haritu bersamaan dengan 8/2/2012 fuuhh dah 17 tahun dah aku rupanya...walaupun tak dapat hadiah aku bersyukur korang ingat birthday aku...

terima kasih sebab wish walaupun dalam facebook




Masa birthday aku , aku tak datang Sekolah, sebab nak pegi test JPJ Alhamdulillah berkat doa mak,abah dan kawan-kawan aku telah lulus yeay...hahaha nak tau tak 8/2/2012 masa dalam perjalana pergi Sungai Yu aku accident, Kepala jatuh dulu baru badan dah la berguling-guling hahaha, sakit gila kepala terhentak dek jalan raya campur batu-batu jalan nasib baik aku pakai helmet kalau tak pakai ntah apa jadi la kan...
Lepas je aku jatuh aku dengar bunyi motor datang ,direct aku terus bangun walaupun mata masih gelap-gelap hahaha efect jatuh...kakak aku la kesian kakinya dihimpap moto nasib baik tak luka banyak mana... pengalaman-pengalaman...
korang reti bawak moto? penah jatuh moto tak? sakit tak?...

kalau tak silap aku dalam masa 17 tahun ni aku dah accident tiga kali hahaha nasib baik tak ****...Aku bersyukur kerana selamat dalam ketiga-tiga accident itu...
kawan aku kata Allah masih sayang aku,dia nak aku banyakkan amalan lagi sementara masih ada nyawa...InsyaAllah...

Tuesday, February 7, 2012

Warna Kuku dan Penyakit Yang Dihidapi...

Assalamualaikum...

nampak tak kuku kat bawah ni?
mestila nampakkan punya la besar gambarnya...

harini aku nak kongsi apa yang aku baca dalam buku penjagaan kesihatan tentang kaitan warna kuku dan penyakit yang sedang dihidapi, pernah dengar tak?
kalau tak pernah ni aku nak kasi tau...
aku tak tau la betul ke tak tapi alangkah baik nya kalau kita mengambil langkah berjaga-jaga...

Antara warna kuku dan penyakit yang dihidapi ialah...

1. kuku bewarna putih atau pucat - sakit yang berkaitan dengan hati.

2.kuku separuh bewarna ping separuh lagi putih - berkaitan dengan buah pinggang.

3.kuku bewarna merah - sakit berkaitan dengan jantung.

4.kuku bewarna kuning,tebal dan lambat panjang - sakit berkaitan dengan paru-paru.

5.kuku pucat - anemia (kurang darah).

6.kuku bewarna kuning dan sedikit kemerahan dipangkalnya - penyakit Diabetes .


dah baca? dah cek kuku? ada tak warna kuku korang yang macam aku tulis kat atas tu? kalau tidak ada Alhamdulillah jika ada cepatlah berjumpa doktor untuk membuat ujian kesihatan...

Saturday, February 4, 2012

CUTI SEKOLAH DATANG LAGI...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Sempena Maulidul Rasul marilah kita berselawat keatasnya dan sekolah telah pun dicutikan hari isnin dan selasa dan dicampur pula sabtu dan ahad jadi empat hari aku bercuti...

Memang seronokkan cuti sekolah , tapi sebenarnya lagi seronok pergi sekolah , sebab bila cuti sekolah je cikgu bagi kerja sekolah banyak gila kalau sorang dua cikgu yang bagi takpe la jugak ni semua cikgu mata pelajaran nak bagi kerja sekolah aish nak buat camana kata budak sekolah kan kena lah terima...lagipun kalau cuti sekolah macamni takde kerja sekolah yang dibagi tak buka buku punyalah Muka Buku je yang di bukak betul tak...hahaha
Then bila difikir-fikirkan balik memang patut pun cikgu bagi banyak kerja sekolah kalau tidak hmmm memang tak la aku nak baca buku...lagi-lagi masa form five ni kalau aku nak tengok TV lama-lama sikit mesti ada yang tegur "ko tu nak SPM tahun ni pegi la baca buku, dah-dah la tu tengok TV" ha macam tula pastu nanti aku buat muka hahaha...

Aku pernah kena tegur dengan cikgu sebab ngantuk dalam kelas,
aku ngantuk sebab penat buat kerja sekolah last minute...aish...
petang ada masa malam baru nak buat kerja sekolah...

ok lah sapa nak tolong buat kerja sekolah aku...dah penat ni... :)

Thursday, January 26, 2012

SILA JAWAB SECARA SPONTAN...

Menguji sejauh mana konsentrasi kita.. :)

- Jawab spontan tau,jangan banyak fikir,
- Baca satu demi satu,
- Concentrate!
- OK KITA MULA! :

Permainan konsentrasi warna :
1. Kertas A4 apa warna dia ?

2. Asap warna dia ?

3. Tisu warna dia apa ?

4. Lembu minum apa ?







yang jawab susu konsentrasi anda terganggu, sebab
lembu minum air...












1. Rambut anda warna apa ?

2. Tulisan ini warnanya apa ?

3. Jalan raya warnanya apa ?

4. Kelawar tidurnya bila ?






yang jawab malam, ertinya konsentrasi anda
terganggu.sebab kelawar tidur siang hari.











1. Warna cendol apa ?

2. Daun kelapa warnanya apa ?

3. Warna bagi kebanyakkan rumput ?

4. Harimau makanannya apa ?






yang jawab rumput itu salah
. sebab harimau makan daging.










p/s: hahaha amacam dapat tak jawap secara spontan dengan betul mesti tak kan hahaha...

Sunday, January 22, 2012

Wanita dan Misai...

Assalamualaikum...

pada hari yang indah ini aku ingin berkongsi cerita, cerita ke mmm ntahala aku pun tak tau baca je lah, mengenai wanita bermisai...
eh eh ada ke wanita bermisai? ada, malah skarang sudah ramai wanita yang misai...mungkin ini disebabkan pemakanan atau benda lain...
dulu tak la dulu sangat aku ada tengok satu cerita china ni best tau ala yang ada pompuan rambut merah tu aku tak ingat la apa tajuk nya... dalam cerita tu dia ada misai setiap kali misai nya dah lebat dia mesti cukur kasi hilang dia punya misai sebab nak jumpa pakwe dia kena la lawa-lawa kan...dia kata misai tu disebabkan horman lelaki terlebih ha!!! betulkah??
aku pun tak tau la...tapi aku ada baca lagi perempuan bermisai ni nafsu shahwatnya tinggi...What...

OK OK OK...aku ada terbaca dekat PETUA TRADISIONAL rupa-rupanya ada jugak cara nak buang misai pada wanita ni ye,ingatkan nggak ada... tapi bukan dengan mencukur nanti makin lebat la macam dalam cerita cina yang aku cakap tadi hahaha...

cara-caranya camni..

=>Sediakan sebiji limau nipis dan setengah sudu gula pasir,
=>Perahkan jus limau tu dan campur dengan gula pasir tu,
=>Kemudian sapu pada tempat bermisai tu sambil menggosok perlahan-lahan,
=>INSYAALAH ia membantu menanggalkan bulu-bulu halus pada bahagian berkumis,
=>Biarkan sejam then baru di bilas dengan air bersih...

coba jangan tak coba sekian...

Sunday, January 8, 2012

ahhh lari...

Assalamualaikum...
salam ceria selalu...
dalam berduka harus la tersenyum kerana senyum itu indah...mari senyum ramai-ramai :) lebar-lebar tau tap jangan sampai terkoyak pipi mahal cost rawatan nak jahit pipi tu hehehe...

harini ada cerita baru yang sangat seram, erk seram ke? kalau nak tau seram ke tak baca la sampai habis...

Petang tadi aku pergi pasar dengan jiran,merangkap sepupu dan kawan...nak beli kan kokocrunch untuk adik aku emmm... budak demam kalau dia mintak kena la belikan kalau tak nanti dia meroyan...lepastu kitorang jalan la kat tempat baju-baju dan sayur sampai lah hujung pastu kitorang patah seribu balik...tengah jalan didalam kesibukan orang ramai ada pulak la yang menegur kitorang 'hai dik nak kemana?' apa lagi kitorang pun lari la sambil menjerit mak hantu kak limah keja!!! ok aku tipu

Aku ngan sepupu aku lari la tapi tak laju sebab orang ramai sangat, bila pandang belakang orang tu ikut je sampai la tempat orang jual air tebu baru dia blah... pehhh time kena kejar tu memang jantung nak gugur beb ketakutan...orang tu bukannya hantu pun dia spesen dengan Kak Limah jugak la tapi dia ni lelaki tapi tak la sampai nak jadi hantu hahaha...dia ni suka sangat kacau orang tak kira lah sapa pun satu lagi dia ni suka menerjah rumah orang yang pintunya terbukak kawan aku rumahnya dah kena terjah hahaha, kena la mak dia melayan sampaila orang tu penat dan balik rumah dia.

kesian tak kat aku kena kejar hahaha alih-alih kena padan dengan kawan aku terjumpa kat pasar sebab jalan seluh sangat sapa suruh hahaha...

Aku dengar dari orang dia jadi camni lepas kena demam panas yang amat teruk sekali masa muda-muda dulu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...