>nuffnang

Monday, April 14, 2014

KEHIDUPAN....

HIDUP NI IBARAT RODA..............
yang Sering  BERPUTAR-PUTAR...

ini roda...


Kadang kat atas kadang kat bawah...
ye macam iman seseorang yang boleh menaik dan berkurang...

Belum pernah ada manusia yang sentiasa berada dibawah bila dia berusaha,
dan belum pernah ada manusia yang ada diatas jika dia alpa, hanya hidup dalam dunia dia semata...


YA....YA...YA....  mungkin ada tapi tak semua...
mungkin memang mereka ditakdirkan begitu...


OH DUNIA!!!!

HEBAT UJIAN dari yang maha Esa

berdoa semata tanpa usaha tiada guna.........

#pandang kiri pandang kanan tadah tangan dan berdoa......

#pointer ku...
#ohIIC...
#study smart...jyeah

Wednesday, February 19, 2014

aku seorang pelajar...

Masa dah suntuk,
Zon selesa dah tamat untuk sem ni,
Final nak dekat,
huh...so nak kata Zon bahaya la sekarang ni?
yup, Zon bahaya,
tapi kenyataan dalam zon bahaya tum
*balik kelas campak tudung,beg, kad matrik atas katil then tindih tu semua dengan badan...
dalam masa 5-10 minit tidur...kroh kroh kroh...
bangun tidur cek kerja berlambak dalam beg...
bukak FB tulis status #kehidupan pelajar #penatttttttttt...

#tepuk dada tanya diri..
#zon bahaya ke gitu?...
hmmmmm...
pikir seketika... hantuk kepala kat dinding...
*dush dush

kata nak berjaya tapi main-main,
tak guna...
Kalau nak berjaya kenalah usaha....
jangan cepat mengalah...
bak kata justin biber 
*Never say give up*
eh eh eh....
buang sikap malas dalam diri...

bukak sejadah solat then berdoa...
is better then bukak FB doa kat FB...daaaaaaa......
dapat apa?

pandang atas pikir lagi...
tersenyum seketika,
malas rupanya aku ni...
lalu aku pun tersengih...


baca balik apa yang aku tulis
terus bukak buku...
alamak....
jom study.........

Sunday, February 16, 2014

DONATE BLOOD: USR2002

Assalamualaikum...
Ahlan Wasahlan...

Alhamdulillah akhirnya USRAH 2002: TO BE OR NOT TO BE selesai jugak...
Banyak betul cabaran kami rakan sekelas dari ni ke ni sampai yang ni... Tapi kami lalui dengan tersenyum...hehehe.... :D senyum nampak gigi...

Nak dicerita semula subjek USRAH ni wajib diambil oleh setiap pelajar di KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA ni... Kat sini ada 4 usrah yang kitorang kena selesaikan 2001,2002,2003 dan 2004 sebelum kitorang pergi Ibadah Camp dan untuk pengetahuan, Ibadah Camp ni termasuk dalam credit hour setiap student kalau tak gi takleh graduate la kitorang...

Untuk Sem 2 ni aku ambik Usrah 2002...
pengisian USR2002 ni banyak bercerita tentang adab-adab kita, dan juga untuk menjadi seorang muslim yang sejati... dalam setiap Usrah ada program dia tersendiri dan USR2002 program dia adalah khidmat Masyarakat...

Pada Mulanya kami sekelas berbincang nak pergi Rumah Anak Yatim tapi Miss Ain ada cadangkan nak pergi Zoo memberi khidmat masyarakat bersihkan kandang-kandang kat situ...Bila semua kata setuju nak gi Zoo aku pulak ngada-ngada cakap tak setuju then kitorang berpatah balik kepada Rumah Anak Yatim...
cerita punya cerita punya cerita tertuka program pulak dan sudah tertera ditajuk DONATE BLOOD oh no!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! mummyyyyyyy...
Aku kuatkan hati relakan hati terima kenyataan...

tibalah hari Ahad yang dinanti kami bertolak dari kolej pukul 1 tengahari sampai di PDN dalam 1.45 P.M lepas selesai solat kitorang ambik no ikut giliran tiba-tiba ting 3015--> 2 makkkkk nak jerit time ni no aku tu, masuk bilik cek tekanan darah tinggi ok semua okey Nurse suruh masuk tempat derma darah...Ketaq kaki wweyyyyyy masuk dalam bilik tu ramai je orang, pilih katil kosong duduk kejap Doktor sampai...
dengan lafaz BISMILLAH dia cucuk guna jarum then ambik darah aku 1 beg dalam 3 botol...
eh dah siap kejapnya , tak sakit pon tapi efek dia badan kita jadi lemah sikit la, aku yang suka senyum ni pun boleh tak larat nak senyum...

Bila dah lepak-lepak kat rumah ni pikir balik rasa macam nak gi derma lagi la, terasa seronok pulak dapat bantu orang yang kekurangan darah, semoga darah aku diberi dekat orang yang betul-betul memerlukan...
dengan program derma darah yang kitorang gi ni maka berakhir sudah kelas USRAH KAMI... THANKS MISS AIN...


JOM DERMA DARAH... :)
AKHIR KATA:
wassalam....

Tuesday, October 15, 2013

Selamat Hari Raya Aidil Adha...

Assalamualaikum saya ucapkan...
Rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan salam Aidil Adha kepada seluruh umat Islam...


ketupat rendang sila nikmati sayang penat memasak malam ke pagi....hohohoh

Saturday, October 5, 2013

.:AKU JIWANG:.





Angin bawalah terbang cinta bersama rindu....

Angin,
Bantulah aku lenyapkan cinta ini,
Bawa ia terbang tinggi-tinggi,
Lalu hapuskanlah ia bersama sayang...

Angin,
Bantulah aku bawa terbang Perasaan ini,
Bawalah terbang jauh-jauh,
Sehingga ia tidak kelihatan lagi,
Hati ku sakit bila ia datang kembali...

Duhai angin,
Kenapa tidak kau bawa pergi perasaan ini,
Sakit - perih aku menanggung rindu,
Kenapa tidak kau bantu aku,
Kenapa!!!

Aku tersedar,
Oh Kau adalah angin yang mampu memberi kesejukan dan kenyamanan kepada manusia
dan bukanyya buang perasaan cinta,sayang dan rindu seseorang kepada seseorang... *sigh...

Hatiku menangis tanpa berair mata...

SHIDA RAMLAN...
11-9-2013...

#AKU JIWANG...

Tuesday, September 17, 2013

.:KEHIDUPAN YANG BARU:.


Assalamualaikum...
yeah akhirnya aku update blog, yang ni betul-betul lama aku tak update...sebab utama ialah MALAS...haaaaa tu lah penyakit paling hebat yang ada dalam diri ini...

ok berbalik kepada tajuk... KEHIDUPAN YANG BARU...sekarang aku sedang menempuhi kehidupan yang baru, kehidupan sebagai student 'KOLEJ', KOLEJ ye bukan UNIVERSITI, mahal ke tak mahal ke kena jugak sambung belajar, mak abah suruh belajar pepandai, malas!!! kan dapat result tak gempak, sebelum aku masuk KOLEJ ni aku sambung form 6 tapi ntah macamana aku keluar secara tiba-tiba dari form 6, tak semua rakan aku yang tahu...Bila aku keluar aku kena marah ngan diorang sebab tak bagi tau diorang awal-awal...huuuuuu

Malam nak berdaftar baru aku kemas barang-barang, nak buat macamana aku kan pemalas, tak suka buat kerja awal-awal...

14/7/2013...
HARI PENDAFTARAN, serius aku cakap langsung tak rasa apa-apa, masuk je dewan dia suruh ke stesen macam-macam ke situ lah kesini lah...arrrhhh and lastly finance lepastu pergi hostel, untuk pengetahuan hostel aku bukan dalam kolej, tapi agak jauh dari kolej dalam 9 km... Hostel aku kat Danau Kota, kondominium uolls, masuk je dalam hostel, takdak yang sambut pon, orang dalam rumah tu buat dek je duk dalam bilik okeyh paham...maybe tak tau ada org nk masuk...Aku dapat satu bilik dengan NOOR SYAHILLA yang bestnya nama kitorang dekat sama, bila ada apa-apa event yang berkaitan dengan batch atau sama dengan tarikh kemasukan, nama aku atas dia bawah, and lagi best kitorang memang satu kepala yang bezanya dia tak layan tv aku ni siap buat research lagi cerita ni pasal apa dan pasal apa...haila haila...

malam tu tiba-tiba ada spotcheck, baru aku tahu kisah budak-budak rumah aku....
Mula-mula kitorang tak bertegur tapi lama-lama okey dah...boleh lah gurau-gurau senda...

then then then, aku mula menempuhi hidup yang baru, rakan yang baru dan perangai yang baru, macam-macam pe'el manusia yang aku jumpa...
 duduk kat tempat orang ni kena jaga tingkah laku...kan...

nikawasan rumah saya *pandangan dari atas


ni la dia Cik Syahilla Salsabila *roomate nihh...




Hari pertama masuk kelas sangat penat,then mula berkenalan dengan kawan satu kelas untuk sem 1 ni...
ni ija ngan fitri *classmate...(lagi sorang hilang)

shida (eh sama nama) dan kak na aka cikgu...

 Sha dan Adila diorang ni kadang-kadang klaka...lagi sorang member dia ni tak tahu lah kemana...hiiii

eh lupa nak bagitau nama kolej aku...
Nama Kolej aku ialah...JENG JENG JENG... bunyi drum sikit...drrarrrrrrrrrum...

KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA..

SO AKHIR KATA...
#semoga berjaya kepada aku...eh eh eh...
WASSALAM...

Saturday, February 23, 2013

#1:.KISAH ANAK BERANAK(Nasi Ayam VS Tomyam Ayam)

Assalamualaikum...

Semenjak aku cuti berpanjangan yang taktau bila nak sudahnya terasa diri teramat-amatlah bosan takde benda yang lain dari yang lain nak dibuat tiap hari benda yang sama...bangun tidur, kemas rumah cukup masa pegi dapur bukak peti ais carik bahan masak dan masak dan masuk bilik dan baring dan tidur dan bangun dan mandi dan ajar budak mengaji dan tengok tv dan tidur balik...itulah rutin harian ku semenjak bukan lagi digelar  pelajar SMK RAJA MUDA MUSA...

sambung kisah yang sepatutnya aku ceritakan...Poyo je Tajuk...

Tepat pukul 11 Pagi Aku bangun dari kusyen yang empuk terus kedapur...Aku bukak Peti Ais, ku lihat barang masak yang sudah dibeli oleh Abah ku di pasar pagi setelah pulang dari kerja pagi tadi, terdapat ayam yang sudah dipotong-potong kecil oleh tukang potong(orang kat pasar tu),carrot,cili padi,cendawan,tomato,yang macam jagung tu dan bunga kobis...ok dalam otak dah terfikir dah ni mesti nak suruh aku masak tomyam...Tiba-tiba nampak kelibat Abah kat Gazebo dia, aku terus pergi kat Abah.
 terus nak tanya...
 
Aku : Abah!! nak masa apa ni?
Abah: (Abah tersenyum) Masak Nasi Ayam.
Aku: huh!!! (buat muka terkejut)...Ala sida ingat nak buat Tom Yam...
Abah : buat la Nasi Ayam.
Aku : (dalam kepala otak:kalau Nasi Ayam mestilah kena dengan lauknya iaitu Ayam Masak Merah...huk Aloh seriously aku tak tau) Sida mana tau masak Nasi Ayam.
Abah :Habestu Tom Yam tau la?
Aku : Internet kan ada google je la.
Abah : Haaa...ko Google la cara nak buat Nasi Ayam.
Aku : krik krik krik...(tak tau nak jawap apadah)...
 
 ahaha padan muka...
 Ok Akhirnya aku mengalah...
Aku masuk dalam basuh-basuh ayam then rebus sementara air ayam tu direbus aku pun basuh lah beras tu je step yang aku tau, dan jalan penyelesaian nya adalah Emak, Nasib baik Mak kerja kat depan rumah a.k.a Ustazah Pasti An-Nur Bukit Badong...Tanya punya Tanya...Akhirnya aku mempraktikkanakhirnya berjaya jugak aku masak Nasi Ayam, kuning gila terlebih kunyit la kod...
 

 segala sayur yang dibeli aku tumis je...ahaha, tak baik membazir...
Nampak Ayam Masak merah? haaa untuk pengetahuan, Ayam Masak merah tu aku punya Emak yang masak...balik sekolah pukul 11.30pagi terus masak...Emak kata kalau nak Emak masak sediakan bahan je aku pun sediakanlah...

P/s: aku ni bukan tak tau masak tapi belum belajar lagi...(POYO)...
PIECE... :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...