>nuffnang

Tuesday, February 28, 2012

Malas Nak Mampus...

Assalamualaikum...

tadi aku bukak youtube nak cari benda best jumpa lagu Malas Nak Mampus<--apa punya tajuk la ni...Dengar je lagu ni, dari mula sampai habis tak berenti gelak hahaha...memang klaka ah jom layan lagu ni...Sapa tahu lagu Bruno mars Lazy Song tu nyanyi lah sama-sama ye hahaha...




lirik lagu

Hari ni aku malas nak mampus
dari pagi pun tak mandi
Jangan engkau koling-koling aku
sms pun aku tak layan
Sumpah hari ni malas nak mampus

Kat luar tengah hujan dan aku bukak kipas
Rasa duduk obersea rasa sejuk gila
Selimut jadi peneman

Dalam selimut baring atas sofa empuk
Depan kaca tv, tengok discovery
Aku adalah raja hari ni

oh malas oh malas
oh malas nak mampus

Hari ni aku malas nak mampus
dari pagi pun tak mandi
Jangan engkau koling-koling aku
sms pun aku tak layan
Sumpah hari ni malas nak mampus
malas nak mampus

ho ho oo
ho ho oo malas nak mampus
hoo ho oo
hoo ooo

perut aku lapar tapi aku malas masak
sejuk begini best dpat makan maggi
tapi malas betul nak bangun
sekali keluar tv awek eropah berbikini
oh begitu indah ciptaan tuhan ini
terus perut aku kenyang

oh malas
oh malas
oh malas nak mampus

Hari ni aku malas nak mampus
dari pagi pun tak mandi
Jangan engkau koling-koling aku
sms pun aku tak layan
Sumpah hari ni malas nak mampus

tak aku tak mahu bangun
sebab malas nak mampus
tak mahu tak mahu tak mahu tak mahu
nak duduk dalam selimut
sebab sejuk nak mampus
malas malas malas malas

Hari ni aku malas nak mampus
dari pagi pun tak mandi
Jangan engkau koling-koling aku
sms pun aku tak layan
Sumpah hari ni malas nak mampus

malas nak mampus

lirik lagu: Pemalas unggul...


P/S jangan jadi Malas Nak Mampus macam lagu ni...

Friday, February 24, 2012

Nasi Goreng Untuk Mak...

Assalamualaikum...


erkkk ups (tutup mulut) hehehe Alhamdulillah aku dah kenyang ni...


Harini bersamaan dengan malamni aku buat nasi goreng yang tak berapa nak sedap tapi boleh lagi dikunyah dan ditelan sebab garam tak cukup rasa tawar sikit kikiki...aku buat dengan sukarelanya kerana sudah tiada lauk untuk dimakan mak aku pulak nak makan sebab nak pegi mesyuarat kat depan rumah, jadi aku pun ambil la bawang, tengah potong-potong bawang mak aku tengok nasik dalam periuk sekalinya nasik dalam periuk dah kosong dah hilang pergi mana ntah. aku pun tak tahu hahaha... mak aku pun basuh la beras baru then masuk kat dalam rice cooker sementara tunggu nasik masak aku pun duduk tengok TV...Sebelum mak aku keluar mak aku bilang "tinggalkan sikit untuk mak lepas mak balik mesyuarat mak nak makan" aku pun jawab ok... dan sekarang tinggal tunggu mak balik untuk merasai air tangan aku, anaknya yang paling baik sekali hahaha... harap-harap dapat komen yang-baik-baik, berdebar pulak rasa hahaha alamak dah macam masuk rancangan Master Cheff la pulak ngeh ngeh ngeh...

p/s aku tanak mak aku lari masuk batu belah batu bertangkup sebab tak dapat rasa nasi goreng aku hehehe sebabtula aku simpan untuk mak...

Friday, February 17, 2012

Terima kasih-Terima Kasih...

Assalamualaikum dan salam senyum... : )

Post ni nak tulis lama dah tapi tak bersekempatan nak tulis sebabnya pun aku tak tahu apa...

aku nak ucapkan terimakasih kepada semua kawan-kawan dan kawan sebab sudi memberi ucapan harijadi aku haritu bersamaan dengan 8/2/2012 fuuhh dah 17 tahun dah aku rupanya...walaupun tak dapat hadiah aku bersyukur korang ingat birthday aku...

terima kasih sebab wish walaupun dalam facebook




Masa birthday aku , aku tak datang Sekolah, sebab nak pegi test JPJ Alhamdulillah berkat doa mak,abah dan kawan-kawan aku telah lulus yeay...hahaha nak tau tak 8/2/2012 masa dalam perjalana pergi Sungai Yu aku accident, Kepala jatuh dulu baru badan dah la berguling-guling hahaha, sakit gila kepala terhentak dek jalan raya campur batu-batu jalan nasib baik aku pakai helmet kalau tak pakai ntah apa jadi la kan...
Lepas je aku jatuh aku dengar bunyi motor datang ,direct aku terus bangun walaupun mata masih gelap-gelap hahaha efect jatuh...kakak aku la kesian kakinya dihimpap moto nasib baik tak luka banyak mana... pengalaman-pengalaman...
korang reti bawak moto? penah jatuh moto tak? sakit tak?...

kalau tak silap aku dalam masa 17 tahun ni aku dah accident tiga kali hahaha nasib baik tak ****...Aku bersyukur kerana selamat dalam ketiga-tiga accident itu...
kawan aku kata Allah masih sayang aku,dia nak aku banyakkan amalan lagi sementara masih ada nyawa...InsyaAllah...

Tuesday, February 7, 2012

Warna Kuku dan Penyakit Yang Dihidapi...

Assalamualaikum...

nampak tak kuku kat bawah ni?
mestila nampakkan punya la besar gambarnya...

harini aku nak kongsi apa yang aku baca dalam buku penjagaan kesihatan tentang kaitan warna kuku dan penyakit yang sedang dihidapi, pernah dengar tak?
kalau tak pernah ni aku nak kasi tau...
aku tak tau la betul ke tak tapi alangkah baik nya kalau kita mengambil langkah berjaga-jaga...

Antara warna kuku dan penyakit yang dihidapi ialah...

1. kuku bewarna putih atau pucat - sakit yang berkaitan dengan hati.

2.kuku separuh bewarna ping separuh lagi putih - berkaitan dengan buah pinggang.

3.kuku bewarna merah - sakit berkaitan dengan jantung.

4.kuku bewarna kuning,tebal dan lambat panjang - sakit berkaitan dengan paru-paru.

5.kuku pucat - anemia (kurang darah).

6.kuku bewarna kuning dan sedikit kemerahan dipangkalnya - penyakit Diabetes .


dah baca? dah cek kuku? ada tak warna kuku korang yang macam aku tulis kat atas tu? kalau tidak ada Alhamdulillah jika ada cepatlah berjumpa doktor untuk membuat ujian kesihatan...

Saturday, February 4, 2012

CUTI SEKOLAH DATANG LAGI...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Sempena Maulidul Rasul marilah kita berselawat keatasnya dan sekolah telah pun dicutikan hari isnin dan selasa dan dicampur pula sabtu dan ahad jadi empat hari aku bercuti...

Memang seronokkan cuti sekolah , tapi sebenarnya lagi seronok pergi sekolah , sebab bila cuti sekolah je cikgu bagi kerja sekolah banyak gila kalau sorang dua cikgu yang bagi takpe la jugak ni semua cikgu mata pelajaran nak bagi kerja sekolah aish nak buat camana kata budak sekolah kan kena lah terima...lagipun kalau cuti sekolah macamni takde kerja sekolah yang dibagi tak buka buku punyalah Muka Buku je yang di bukak betul tak...hahaha
Then bila difikir-fikirkan balik memang patut pun cikgu bagi banyak kerja sekolah kalau tidak hmmm memang tak la aku nak baca buku...lagi-lagi masa form five ni kalau aku nak tengok TV lama-lama sikit mesti ada yang tegur "ko tu nak SPM tahun ni pegi la baca buku, dah-dah la tu tengok TV" ha macam tula pastu nanti aku buat muka hahaha...

Aku pernah kena tegur dengan cikgu sebab ngantuk dalam kelas,
aku ngantuk sebab penat buat kerja sekolah last minute...aish...
petang ada masa malam baru nak buat kerja sekolah...

ok lah sapa nak tolong buat kerja sekolah aku...dah penat ni... :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...