>nuffnang

Wednesday, May 4, 2011

SAHABAT...

SAHABAT,
Sahabat dulu kita sering bersama,
Kemana sahaja mesti bersama,
Tidak kira kemana sahaja ,

SAHABAT,
Mengapa dulu kita bertiga tapi kini berdua ???
Oooo baru ku teringat sahabat kita lagi seorang sudah berpindah,
Walaupun kita hanya berdua kita sentiasa mengingati shabat kita yang ketiga.

SAHABAT,
Semenjak kelas kita mendapat pelajar baru dan berkawan rapat denga kita,
Mengapa kau berubah wahai sahabat
Kita tidak macam dahulu lagi,
Walaupun kita bersahabat tetapi kau sering menghabiskan masa kau dengan budak baru itu,

SAHABAT,
Walaupun aku tahu aku bukan sesiapa lagi dimata kau untuk menghalang
Kau berkawan dengan sesiapa,
Tetapi kau juga haruslah pandai menjaga hati dan perasaan sahabat kau sendiri,

SAHABAT,
Sakit hati aku apabila melihat kau bergelak tawa dengan sahabat baru kau
Sedangkan dengan aku kau tidak begitu lagi,
Kau sudah pandai memarahi aku dan sahabat lain,
Aku sudah tidak kenal siapa kau sebenarnya,

SAHABAT,
Jika suatu hari aku pergi jauh dari dunia ini,
Satu je aku mintak dari kau,
Selagi kau ada nyawa bersahabatlah dengan semua orang dan bukannya pilih kasih dan jagalah perasaan sahabat kau nanti.

SAHABAT,
Ingatlah pesan ku ini,
Jangan kau tangisi pemergian ku ini
Kerna ku tahu ku bukan sesiapa lagi di matamu…
AKU SAYANG SEMUA SAHABAT AKU...

INGATLAH JIKA TIADA SAHABAT SIAPALAH KITA,
JADI BERKAWANLAH DENGAN SEMUA ORANG,
TIDAK KIRA BANGSAAGAMA,KETURUNAN,TINGGi RENDAH,GEMUK MAHUPUN KURUS,
KERANA MEREKA JUGA ADALAH MANUSIA YANG MEMERLUKAN SAHABAT….

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...