>nuffnang

Friday, July 20, 2012

HEART.........

Assalamualaikum........... awak tengah senyum ke? TAK? tapi kenapa? Senyum la, senyum la sikit, Sikit je, kalau awak tak senyum awak tak comel baik awak senyum hahaha...bagus dah senyum pun, barulah comel gitu............

            Korang ada tengok filem baru-baru ni? ala yang comel, comel tu...yang pelakonnya dah pakai tudung sekarang tu dan bertambah comel gitu...tak kenal jugak haaaaa nama dia NUREMY RAMLI...pelakon filem HANYA AKU CINTA KAU SEORANG a.k.a H.A.C.K.S...cop cop cop HACKS yang ini bukan gula -gula hacks yang jual kat kedai tu tau, kawan aku selalu konfius bila aku cakap HACKS...nanti diorang tanya HACKS yang mana ni? kadang -kadang tu rasa nak cepuk pun ada...sajaje buat-buat tak paham...Berbalik kepada tajuk...
NI DIA NUREMY RAMLI...COMEL KAN

             Korang dah tengok ke belum Filem HACKS? Rugi kalau belum, tapi bila pikir dua kali tak rugi mana pun...sebab rugi tak tengok, jalan cerita dia sangat lah menarik, membuatkan orang tertanya-tanya kenapa dan kenapa.First persoalan yang berada di minda,"apa hubungan Murni dengan Mukhlis" kedua "Mukhlis dengan Ayim ni gay ke" dan yang ketiga "kenapa Iqwal putuskan hubungannya ,dengan Jannah, padahal dia sayang gila dekat Jannah" dan persoalan ni  terjawab masa bab bab yang last, korang nak tau? pergilah beli CD dia, bukannya mahal pun murah je hahaha...Dan lepas semua persoalan ni terjawab, Air mata boleh jatuh beb sebab sedih gila...Mukhlis derma hati dia dekat Iqwal, dan endingnya Iqwal dengan Murni bersatu...Cerita ni ala-ala MY Heart yang Acha dengan Irwanshah belakon  tu, tapi yang tu versi perempuan dan Indonesia,  yang ni pulak versi lelaki dari Malaysia...MALAYSIA tetap yang terbaik...
            Aku nak nasihat sikit kalau nak tengok filem ni biar sendiri-sendiri supaya tak ada yang mengganggu feel korang...tak macam aku, tengah tengok ni nak nangis dah ni tiba-tiba ada yang tanya "da napa dia nangis?" “da laki ni sakit ke” “da” “da” da” huk aloh terpaksalah aku jawab...hilanglah rasa feel tu...huhuhuh ingat itu...janagn menontonbersama mereka  yang suka bertanya...hahahaha

            Dan sesapa yang belum tengok dan tanak tengok tak rugi pun sebab tak lah korang dapat dosa tengok cara mereka berpakaian dalam filem ni....memang seksi gitu.....wooot woot......hahaha klah aku pun tiba-tiba penat menaip hahaha....Selamat  berpuasa ni aku bagi lagu HANYA AKU CINTA KAU SEORANG.......
semoga terhibur


Wednesday, July 4, 2012

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...
haaaa apalagi jawabla salam tu...ayok tak jawab dosa nanti masuk neraka<--ayat masa sekolah rendah...

Nak tau tak? kalau jawab salam kena melebihi dari salam yang diberi atau sama banyak...TAK PAHAM???

Ok camni contohnya aku bagi salam yang macam kat atas tu kan, pastu kau orang kena lah jawab panjang jugak " Waalaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh" baru adil hehehe... Pastu kan,kalau aku bagi salam " Assalamualaikum" sahaja kau orang boleh jawab pendek juga seperti ini " Waalaikumussalam" atau "Waalaikumussalam Warahmatullah" atau " Waalaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh"...barulah dapat pahala penuh Insya Allah...

nak tau tak mana aku dapat tau ini semua? TANAK???
ada aku kesah kau nak ke tanak...aku tetap nak bagitau jugak hahaha.:)...baca jangan tak baca...

Hari selasa lepas, pada jam 12.30-1.45 p.m aku dan pelajar 5 Akaun belajar Sivik ,dengan (cikgu comel(gelaran pelajar pompuan bagi))--> Cikgu Azlirul @ Cikgu adudu (sebab dia pelat D) dia ceritalah pasal Salam (sebab masa perhimpunan rasmi, Ustazah Aminah ada cakap pasal Salam, tapi disebabkan aku ni bukan jenis yang suka dengar apa yang cikgu cakap masa perimpunan 'mana taknya sibuk main batu, baling-baling kat kawan' jadi aku taklah dengar), tapi bila aku Cikgu Azlirul ni bercerita dalam kelas, aku dengar betul-betul siap boleh ingat lagi tuh...(hebat sungguh Cikgu ini)

Sebelum ni aku tak tahu langsung pasal ni, jadi aku nak kongsilah sama kamu (walaupun ada yang dah tahu kan)... ini pun sekadar perkongsian saja, kalau ada silap tegur sajalah jangan malu-malu, aku terima dengan hati yang terbuka sampai tak boleh tutup hahaha mengarut saja...

Akhir kata...Kalau ada salah dan silap maafkan aku tau...Terima Kasih kerana meminjamkan mata anda untuk membaca entry blog aku ini...--->


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...