>nuffnang

Tuesday, October 15, 2013

Selamat Hari Raya Aidil Adha...

Assalamualaikum saya ucapkan...
Rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan salam Aidil Adha kepada seluruh umat Islam...


ketupat rendang sila nikmati sayang penat memasak malam ke pagi....hohohoh

Saturday, October 5, 2013

.:AKU JIWANG:.





Angin bawalah terbang cinta bersama rindu....

Angin,
Bantulah aku lenyapkan cinta ini,
Bawa ia terbang tinggi-tinggi,
Lalu hapuskanlah ia bersama sayang...

Angin,
Bantulah aku bawa terbang Perasaan ini,
Bawalah terbang jauh-jauh,
Sehingga ia tidak kelihatan lagi,
Hati ku sakit bila ia datang kembali...

Duhai angin,
Kenapa tidak kau bawa pergi perasaan ini,
Sakit - perih aku menanggung rindu,
Kenapa tidak kau bantu aku,
Kenapa!!!

Aku tersedar,
Oh Kau adalah angin yang mampu memberi kesejukan dan kenyamanan kepada manusia
dan bukanyya buang perasaan cinta,sayang dan rindu seseorang kepada seseorang... *sigh...

Hatiku menangis tanpa berair mata...

SHIDA RAMLAN...
11-9-2013...

#AKU JIWANG...

Tuesday, September 17, 2013

.:KEHIDUPAN YANG BARU:.


Assalamualaikum...
yeah akhirnya aku update blog, yang ni betul-betul lama aku tak update...sebab utama ialah MALAS...haaaaa tu lah penyakit paling hebat yang ada dalam diri ini...

ok berbalik kepada tajuk... KEHIDUPAN YANG BARU...sekarang aku sedang menempuhi kehidupan yang baru, kehidupan sebagai student 'KOLEJ', KOLEJ ye bukan UNIVERSITI, mahal ke tak mahal ke kena jugak sambung belajar, mak abah suruh belajar pepandai, malas!!! kan dapat result tak gempak, sebelum aku masuk KOLEJ ni aku sambung form 6 tapi ntah macamana aku keluar secara tiba-tiba dari form 6, tak semua rakan aku yang tahu...Bila aku keluar aku kena marah ngan diorang sebab tak bagi tau diorang awal-awal...huuuuuu

Malam nak berdaftar baru aku kemas barang-barang, nak buat macamana aku kan pemalas, tak suka buat kerja awal-awal...

14/7/2013...
HARI PENDAFTARAN, serius aku cakap langsung tak rasa apa-apa, masuk je dewan dia suruh ke stesen macam-macam ke situ lah kesini lah...arrrhhh and lastly finance lepastu pergi hostel, untuk pengetahuan hostel aku bukan dalam kolej, tapi agak jauh dari kolej dalam 9 km... Hostel aku kat Danau Kota, kondominium uolls, masuk je dalam hostel, takdak yang sambut pon, orang dalam rumah tu buat dek je duk dalam bilik okeyh paham...maybe tak tau ada org nk masuk...Aku dapat satu bilik dengan NOOR SYAHILLA yang bestnya nama kitorang dekat sama, bila ada apa-apa event yang berkaitan dengan batch atau sama dengan tarikh kemasukan, nama aku atas dia bawah, and lagi best kitorang memang satu kepala yang bezanya dia tak layan tv aku ni siap buat research lagi cerita ni pasal apa dan pasal apa...haila haila...

malam tu tiba-tiba ada spotcheck, baru aku tahu kisah budak-budak rumah aku....
Mula-mula kitorang tak bertegur tapi lama-lama okey dah...boleh lah gurau-gurau senda...

then then then, aku mula menempuhi hidup yang baru, rakan yang baru dan perangai yang baru, macam-macam pe'el manusia yang aku jumpa...
 duduk kat tempat orang ni kena jaga tingkah laku...kan...

nikawasan rumah saya *pandangan dari atas


ni la dia Cik Syahilla Salsabila *roomate nihh...




Hari pertama masuk kelas sangat penat,then mula berkenalan dengan kawan satu kelas untuk sem 1 ni...
ni ija ngan fitri *classmate...(lagi sorang hilang)

shida (eh sama nama) dan kak na aka cikgu...

 Sha dan Adila diorang ni kadang-kadang klaka...lagi sorang member dia ni tak tahu lah kemana...hiiii

eh lupa nak bagitau nama kolej aku...
Nama Kolej aku ialah...JENG JENG JENG... bunyi drum sikit...drrarrrrrrrrrum...

KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA..

SO AKHIR KATA...
#semoga berjaya kepada aku...eh eh eh...
WASSALAM...

Saturday, February 23, 2013

#1:.KISAH ANAK BERANAK(Nasi Ayam VS Tomyam Ayam)

Assalamualaikum...

Semenjak aku cuti berpanjangan yang taktau bila nak sudahnya terasa diri teramat-amatlah bosan takde benda yang lain dari yang lain nak dibuat tiap hari benda yang sama...bangun tidur, kemas rumah cukup masa pegi dapur bukak peti ais carik bahan masak dan masak dan masuk bilik dan baring dan tidur dan bangun dan mandi dan ajar budak mengaji dan tengok tv dan tidur balik...itulah rutin harian ku semenjak bukan lagi digelar  pelajar SMK RAJA MUDA MUSA...

sambung kisah yang sepatutnya aku ceritakan...Poyo je Tajuk...

Tepat pukul 11 Pagi Aku bangun dari kusyen yang empuk terus kedapur...Aku bukak Peti Ais, ku lihat barang masak yang sudah dibeli oleh Abah ku di pasar pagi setelah pulang dari kerja pagi tadi, terdapat ayam yang sudah dipotong-potong kecil oleh tukang potong(orang kat pasar tu),carrot,cili padi,cendawan,tomato,yang macam jagung tu dan bunga kobis...ok dalam otak dah terfikir dah ni mesti nak suruh aku masak tomyam...Tiba-tiba nampak kelibat Abah kat Gazebo dia, aku terus pergi kat Abah.
 terus nak tanya...
 
Aku : Abah!! nak masa apa ni?
Abah: (Abah tersenyum) Masak Nasi Ayam.
Aku: huh!!! (buat muka terkejut)...Ala sida ingat nak buat Tom Yam...
Abah : buat la Nasi Ayam.
Aku : (dalam kepala otak:kalau Nasi Ayam mestilah kena dengan lauknya iaitu Ayam Masak Merah...huk Aloh seriously aku tak tau) Sida mana tau masak Nasi Ayam.
Abah :Habestu Tom Yam tau la?
Aku : Internet kan ada google je la.
Abah : Haaa...ko Google la cara nak buat Nasi Ayam.
Aku : krik krik krik...(tak tau nak jawap apadah)...
 
 ahaha padan muka...
 Ok Akhirnya aku mengalah...
Aku masuk dalam basuh-basuh ayam then rebus sementara air ayam tu direbus aku pun basuh lah beras tu je step yang aku tau, dan jalan penyelesaian nya adalah Emak, Nasib baik Mak kerja kat depan rumah a.k.a Ustazah Pasti An-Nur Bukit Badong...Tanya punya Tanya...Akhirnya aku mempraktikkanakhirnya berjaya jugak aku masak Nasi Ayam, kuning gila terlebih kunyit la kod...
 

 segala sayur yang dibeli aku tumis je...ahaha, tak baik membazir...
Nampak Ayam Masak merah? haaa untuk pengetahuan, Ayam Masak merah tu aku punya Emak yang masak...balik sekolah pukul 11.30pagi terus masak...Emak kata kalau nak Emak masak sediakan bahan je aku pun sediakanlah...

P/s: aku ni bukan tak tau masak tapi belum belajar lagi...(POYO)...
PIECE... :)

Monday, February 4, 2013

KAWAN MAKAN KAWAN...

Assalamualaikum...

Tajuk la ni macam ganas je kan...woha...Kawan Makan Kawan ni bukan yang macam orang makan orang...haaa meh baca, walaupun ramai dah tau apa itu Kawan Makan Kawan tapi aku nak cita gak, pasal Kawan yang Makan Kawan nih...

Dalam Kamus Dewan  Edisi ke tiga "Kawan" bermaksud ikan darat,Labiobarbus curieriabendantah ni aku pun tak tahu...tapi kat sini mengatakan Kawan bermaksud seseorang yang sentiasa berkongsi lebih dari satu perkara seperti minat, hobi,perasaan,perjuangan dan etc. Kawan juga adalah orang yang selalu berinteraksi dengan kita, Selain itu juga kawan juga boleh dijadikan tempat untuk kita berkongsi sesuatu seperti kesedihan atau kegembiraan.aku setuju

Dalam Kamus Dewan Edisi ke tiga "makan" bermaksud memamah serta menelan makanan.

Dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga tiada pula maksud bagi "Kawan Makan Kawan"..Bagi aku Kawan Makan Kawan bermaksud Kawan yang sanggup menodai kawan sendiri demi kepentingan diri sendiri untuk mendapatkan sesuatu yang diingini...Banyak jenis orang yang sanggup makan kawan dia sendiri...-Demi Cinta -Demi Harta -Untuk Menjatuhkan Nama KAwan -Cemburu dll

Kalau korang perasan sekarang ni banyak drama yang menceritakan tentang percintaan dua jiwa apa kaitannya? baca dulu...dalam drama tu ada diselitkan jenis"Kawan Makan Kawan" antara Drama yang aku kata ialah:
Semua Drama tengah Hot sekarang.

1.Setia Hujung Nyawa : siapa tak kenal Hadi kawan kepada Zain yang sanggup menjadi Batu Api untuk              menghancurkan rumah tangga sahabat baiknya sendiri untuk mendapatkan cinta Ersalina Isteri Zain.

2.Ruby: Danny sahabat baik kepada Benjamin yang sanggup tikam kawannya sendiri demi mengejar cinta dan harta dunia.

3.Cinta Qaseh: Airin sahabat baik Qaseh yang sanggup menipu untuk mendapatkan cinta Arash...

4.Janji Shirah : Mira yang sanggup melakukan apa sahaja untuk merebut cinta loqman dari Shirah.

5.Hanya Padamu : yang ni sekejapje sence nya masa Adawiyah dekat rumah anak yatim ada sorang budak (tak ingat namanya) tu rapat dengan Adawiyah dan sebar fitnah pasal Adawiyah, menyebabkan Adawiyah tidak mempunyai kawan.Tapi lepas kejadian kawannya mati dia berubah dan meminta maaf kepada Adawiyah and lastly diorang dah jadi kawan yang betul-betul kawan.

6. Dalam setiap sujudnya : Aidil Aziz (nama watak tak ingat) yang sekongkol dengan kakaknya sendiri (Watie Sadali) untuk merampas harta Fareez dan Puan Endah melalui Fareez...

ni baru 6 drama aku sajikan cehhh...ahaha...
Sekarang nak carik kawan yang betul betul kawan pun susah...
Untuk berkawan kita kena ada keserasian,kesefahaman,kejujuran dan keikhlasan...barulah persahabatan tu kekal lama...

Ketawa bersama, menangis bersama...nilah yang dinamakan kawan, always bersama dalam susah dan senang...

Kalau korang perasan kebanyakan drama menceritakan kisah percintaan lepas kawin...
diantara 6 drama yang aku sebut kat atas, antara cerita paling unik bagi aku Hanya Padamu,Janji Shirah dan Ruby...

Bagi Manusia yang suka Makan Kawan dia ni buang je dalam laut...ahaha kejam tak...
oklah walaupun post ntahpape...Terimakasih sudi membaca...

ni lah dia pelakon yang "kawan makan Kawan" tu...huh jenuh aku mencari nama mereka...
akhirnya jumpa juga...

bye bye...SYS...Assalamualaikum...mari layan video Shahrin Najmi

KAWANLAH SANGAT...hmp



Monday, January 21, 2013

Apabila aku menjadi rajin...

Assalamualaikum...
fuhhhh tak sangka kan bila dapat cuti yang lama ni bosan poyo ni menipu...huh...
so untuk aku yang sentiasa bosan ni aku pun telah merajinkan diri menggoogle resepi kek...
dapat la satu resepi kek coklat dari My Resepi ringkas je bahan dia...

ok nih aku kongsikan walaupun berbeza sedikit resepinya dari yang asal tapi rasanya tetap sama..umphh gitu...
:)
KEK COKLAT KUKUS...

1 Cawan Serbuk Koko.
1Cawan gula pasir.
1 Cawan Minyak Masak.
1/2 cawan susu manis
2 Cawan tepung gandum
1 Sudu Baking Powder,
1 Sudu soda Bikarbonat
2 Biji telur (gred A kalau nak sedap)
1 Cawan Air Panas

Cara-Cara:
1.Ayak tepung gandum ,soda bikarbonat,baking powder dan serbuk koko dalam satu bekas.
2.Ambik bekas yang lain masukkan telur,susu,dan gula kacau bagi sebati.
3.Masukkan tepung yang diayak tadi ke dalam campuran telur dan etc. kacau sampai sebati.
4.step akhir masukkan air panas gaul sampai sebati lagi..
5.Dan step yang betul-Betul Akhir adunan tadi masukkan ke dalam loyang dan kukus selama satu jam.
*api gas jangan kuat-kuat seluh je....

Untuk Buat Topping atas dia...
1/2 cawan marjerin atau 1/2 ketul buttercup
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat.

Cara-cara:
Masukkan ketiga-tiga bahan dalam satu bekas dan gal sampai sebati then bila kek dah siap kukus sapu lah atas kek tu...dah siap hidanglah...

Senangkan...

nidia hasil air tangan aku...
 Mak Kata "boleh jual ni"
aku jawab dalam hati "jual kat mak jelah senang, tak payah promote2"
Apa?Apa?Apa? Nak cakap kek aku buruk la tu...eleh..ahaha memang buruk pun sebab aku tak reti sapu Topping dia bila aku dah buat ni la jadinya...ahaha...Tapi bila dah rasa amboi sedap betulpuji diri sendiri gitu ahaha sehingga ke tulang rusuk boleh terasapenipuan terselah disitu...so bak kata orang putih "Don't judge a cake by its cover" eh yeke? ah betul sahaje...

So korang try la senang dan sedap...Piece...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...