haaaa apalagi jawabla salam tu...ayok tak jawab dosa nanti masuk neraka<--ayat masa sekolah rendah...
Nak tau tak? kalau jawab salam kena melebihi dari salam yang diberi atau sama banyak...TAK PAHAM???
Ok camni contohnya aku bagi salam yang macam kat atas tu kan, pastu kau orang kena lah jawab panjang jugak " Waalaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh" baru adil hehehe... Pastu kan,kalau aku bagi salam " Assalamualaikum" sahaja kau orang boleh jawab pendek juga seperti ini " Waalaikumussalam" atau "Waalaikumussalam Warahmatullah" atau " Waalaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh"...barulah dapat pahala penuh Insya Allah...
nak tau tak mana aku dapat tau ini semua? TANAK???
ada aku kesah kau nak ke tanak...aku tetap nak bagitau jugak hahaha.:)...baca jangan tak baca...
Hari selasa lepas, pada jam 12.30-1.45 p.m aku dan pelajar 5 Akaun belajar Sivik ,dengan (cikgu comel(gelaran pelajar pompuan bagi))--> Cikgu Azlirul @ Cikgu adudu (sebab dia pelat D) dia ceritalah pasal Salam (sebab masa perhimpunan rasmi, Ustazah Aminah ada cakap pasal Salam, tapi disebabkan aku ni bukan jenis yang suka dengar apa yang cikgu cakap masa perimpunan 'mana taknya sibuk main batu, baling-baling kat kawan' jadi aku taklah dengar), tapi bila aku Cikgu Azlirul ni bercerita dalam kelas, aku dengar betul-betul siap boleh ingat lagi tuh...(hebat sungguh Cikgu ini)
Sebelum ni aku tak tahu langsung pasal ni, jadi aku nak kongsilah sama kamu (walaupun ada yang dah tahu kan)... ini pun sekadar perkongsian saja, kalau ada silap tegur sajalah jangan malu-malu, aku terima dengan hati yang terbuka sampai tak boleh tutup hahaha mengarut saja...
Akhir kata...Kalau ada salah dan silap maafkan aku tau...Terima Kasih kerana meminjamkan mata anda untuk membaca entry blog aku ini...--->
6 comments:
wah..thanks 4 the sharing tau.. kadang2 kita pun tak tau akan benda ni..
kekadang kita terleka....
remy dtg tag pooh
http://remyhazza-satuperjalanan.blogspot.com/2012/07/awesome-give-away-dunia-sebenar-shida.html
salam berkenalan...
Bagus jugak untuk perkongsian bersama..
BoniJL33: Almost welcome...Shida berkongsi selagi mampu...
Remy hazza:yep terleka memang penyebab kita terlupa...thanks tag...akan coba menjoin kan diri,,haha
yusuflaili(Goku): Salam perkenalan juga........Memang suka berkongsi sesuatu,...
nice sharing
Post a Comment