>nuffnang

Tuesday, April 10, 2012

KEBAKARAN DIKELAS....

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Dah lama aku tak berblog kan-kan nak blogwalking pun tak sempat ye la memanjang BUSY :)...
Pagi tadi kan, kat sekolah SMKRMM(SMERMUM), ada buat latihan kebakaran...mesti Awak pun pernah lalui latihan kebakaran ni kan?
Tak kira lah kat sekolah ke kat tempat belajar sekarang ke kan kan kan...


Sebelum latihan ni, aku ada dekat depan makmal ICT lepak situ dengan budak Akaun yang ambik matapelajaran ICT, bersama pula cikgu paling cute dan paling comel kat sekolah Cg Azlirul, sebab Cg Monalisa tak ada kat sekolah hantar budak catur, Kitorang nak masuk Makmal tapi Cg Azlirul kata
"tak payah masuk makmal kita borak-borak je kat sini" dengan mata yang bulat (wah bertambah kecomelan cikgu hahaha), sedang kitorang borang-borak pasal Cikgu nak kasi kitorang jajan dari Langkawi(best nya) dan banyak lagi tiba tiba bunyi loceng yang panjang kriiiingggggggggggggggggggggggggggg...... mula-mula ingat loceng habis masa pertama tapi cikgu kata "eh tu macam loceng kebakaran je" cikgu jenguk-jenguk kepala pastu Cikgu nampak lori bomba kat depan sekolah "eh yelah, loceng latihan kebakaran" kitorang pun ikut la cikgu Azlirul lari ke padang , tempat aku lepak dengan padang dekat je dalam 50 meter dah sampai, bila sampai kat padang cikgu cakap lagi " yeah saya berjaya sampai dulu ke padang dan terselamat dari kebakaran" kitorang gelak-gelak je tengok cikgu tak lama tu padang dipenuhi dengan pelajar yang lain...


Pastu aku pandang kelas aku yang berhadapan dengan padang tu ada asap pastu, tertanya tanyalah kitorang then air bomba pun memandikan kelas 5 Akaun dengan ganasnya untuk memadam kebakaran yang brlaku dalam kelas bila cerita-cerita dengan budak Add Math rupanya yang bakar kelas kitorang guna bekas telur tu si Wafi dan Firdaus,cikgu yang suruh katanya...patutla time budak ICT nak pegi makmal Cikgu Hamdan halau dia suruh kitorang turun cepat-cepat haishh rupanya nak bakar kelas :)......

Dalam stengah jam jugak la aku dan pelajar SMKRMM berdiri di atas padang mendengar ucapan dari pegawai bomba...
Masa rehat aku masuk kelas , masuk je kelas, kelas telah pun menjadi kucar-kacir dengan habuk dan sisa-sisa asap yang masih berbaki meja diketepikan.....tapi time aku masuk tu kelas dah 50% bersih sebab penolong kelas dan pelajar Add Math yang lain bersatu padu membersihkan kelas...akhirnya kelas menjadi bersih semula, seperti sedia kala....bolehlah kitorang belajar seperti biasa...:)

Nilah tahun lastt aku menjalani latihan kebakaran di sekolah tahun depan dah tak ada dah...hmmm...

4 comments:

khairul said...

boleh d jadikan kenangan tu

TiraPengemis said...

da busan dgn latihan kebakaran...hehehe

EmpayarUtama said...

Kenangan manis tu hehe. Eh tak hapdet juga ke?

SHAHIDA SHIDA said...

Khairul:kan kan kan...kenangan indah tu...

Tira Pengemis: hahaha boleh pulak busan...

Empayar Utama:memang sangat manis gitu...tapi banyak lagi yanag manis-manis...memang tak hapdet pun busy la katakan hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...